Pulangan Kepada Ahli

Pihak pengurusan KOSISWA UniKL telah menerima cadangan yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) tentang beberapa perkara.

Dividen sebanyak 10%

KOSISWA UniKL akan membayar setiap ahli dividen sebanyak 10% berdasarkan saham yang telah dilaburkan. Ahli yang layak menerima dividen boleh menambah saham berdasarkan dividen yang telah diterima. Ahli juga boleh mengambil dividen itu dalam bentuk tunai yang akan diberikan nanti.

Selain daripada itu, ada beberapa lagi pulangan yang akan diterima oleh ahli koperasi, antaranya ialah :

  1. Tabung Kebajikan Am – 10%
  2. Pembangunan Keusahawanan – 10%
  3. Pembangunan Perniagaan – 10%
  4. Tabung Khairat – 10%
  5. Honorarium Lembaga dicadang – 10%

Panggilan Mesyuarat Agung KOSISWA UniKL (M) Berhad Kali Ke-2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Mewakili Pengerusi & pihak pengurusan KOSISWA UniKL Malaysia Berhad, dengan segala hormatnya sekali lagi kami menjemput Tuan/Puan/En/Cik ke Mesyuarat Agung KOSISWA UniKL kali ke-2.

Untuk pengetahuan Tuan/Puan/En/Cik, notis mesyuarat ini telah dihantar kepada ahli-ahli yang layak melalui email pada 2 minggu yang lepas, senarai ahli boleh dirujuk di sini.

Maklumat mesyuarat adalah seperti berikut :

Tarikh : 18 Jun 2011 (Sabtu)

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Dewan Banquet, Tingkat 29, Universiti Kuala Lumpur Kampus Kota

Dilampirkan sekali surat rasmi, notis dan agenda mesyuarat untuk rujukan pihak Tuan/Puan/En/Cik.

Cabutan bertuah akan diadakan dan mereka yang bertuah akan menerima Huawei IDEOS S7 Slim.

Tuan/Puan/En/Cik diminta untuk membuat pengesahan kehadiran (RSVP) kepada pegawai KOSISWA yang bertugas dibawah selewat-lewatnya pada 18 Jun 2011.

En Ahmad Rifaie bin Ab Kauwi (013-2491331)

Cik Nurhayati binti Mansur (012-6407215)

Sekian, terima kasih.

Pertandingan Perniagaan Malaysia Antara IPT : Cabaran Sebenar Perniagaan Tahun 2010

  • Suatu usaha yang agresif perlu dilaksanakan bagi memperkukuhkan pembangunan keusahawanan dari profesion makan gaji.
  • Dalam ertikata lain, satu pendekatan yang boleh membawa minat dan kesungguhan golongan mahasiswa ialahPertandingan. Banyak contoh telah diperhatikan misalnya Donald Trump melalui program Apprentice telah menggunakan pendekatan pertandingan yang boleh membawa golongan peserta bersatu, berusaha dan merancang kemenangan.
  • Dengan itu, Universiti Kuala Lumpur melalui KOSISWA UniKL merancang untuk memperkenalkan Cabaran Sebenar Perniagaan melalui “Pertandingan Perniagaan Malaysia” untuk merebut Piala Menteri Pengajian Tinggi dan ianya terbuka kepada semua Institusi Pengajian Tinggi di negara ini.

PEMENANG – PEMENANG
PERTANDINGAN PERNIAGAAN MALAYSIA 2010

Pemenang PPMIPT'2010. Klik untuk saiz besar.

JUARA
PERTANDINGAN PERNIAGAAN MALAYSIA 2010

Pemenang PPMIPT'2010. Klik untuk saiz besar.

NAIB JUARA
PERTANDINGAN PERNIAGAAN MALAYSIA 2010

Pemenang PPMIPT'2010. Klik untuk saiz besar.

TEMPAT KETIGA
PERTANDINGAN PERNIAGAAN MALAYSIA 2010

Pemenang PPMIPT'2010. Klik untuk saiz besar.

  • Terkini!


    Tempahan Bingkai Khas Konvokesyen ke 7 UniKL


    Sertai kami di Pertandingan Perniagaan Malaysia antara IPT 2010 hari ini!

  • Pautan


    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah



    Majlis Amanah Rakyat



    Suruhanjaya Koperasi Malaysia



    Universiti Kuala Lumpur

  • KOSISWA @Facebook


    Temui kami di Facebook

  • KOSISWA @Twitter

    Follow me on Twitter!